Search This Blog

Friday 27 January 2012

SENJATA MUKMIN


Maaf hanya dapat terjemahan sahaja…ayat al-quran nyer tidak dapat di taip kerana formad jawi tidak disediakan di computer saya… amalkan lah… by ezzahwajiha diambil dari ( BUKU SENJATA MUKMIN : HAJI MUHIDIR HAJI TAMJIS )
DOA UNTUK SAUDARA SEISLAM YANG DIZALIMI
“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,Segala pujian bagi-Mu ya Allah.Kebaikan itu untuk orang yang bertakwa,tidak dimusuhi kecuali mereka yang menzalimi.Selawat dan salam untuk semulia-mulia utusan,dan pengakhiran segala Nabi dan kepada seluruh keluarga dan sahabat Baginda.”
“ Ya Allah,muliakan kekudukan Islam dan sekalian kaum Muslimin. Ya Allah, bantulah pejuang agama Islam, golongan yang lemah dan yang dizalimi di setiap tempat dan masa.Wahai Tuhan sekalian alam. Ya Allah bantulah kami mengalahkan musuh-musuh dalam kalangan Yahudi dan Nasrani dengan pertolongan yang besar.”
“Ya Allah.tetapkan pendirian mereka,dan bantulah mereka berhadapan dengan golongan kafir,zalim dan golongan yang melampaui batas serta golongan taghut. Ya Allah,binasakan mereka dengan kezaliman milik-Mu.Dan keluarkan kami daripada kepungan mereka dengan selamat.”
“Ya Allah , kami menyerlahkan urusan golongan Yahudi,Nasrani dan sekutu-sekutu mereka kepada-Mu ya Allah.Tuhan Yang Maha Mengurniakan Rahmat.”
“Ya Allah,bantulah mereka dengan tentera yang tidak diketahui kedatanganya kecuali engkau.Sesungguhnya Engkau berkuasa atas tiap sesuatu.Ya Qahhar,ya Jabbar ,ya Kabir , ya  Qawi, ya Matin, ya Muntaqim, binasakanlah golongan-golongan kuffar.”
“Kami mengharapkan dengan sepenuh harapan,cukuplah Engkau sebagai penolong kami,cukuplah Engkau  sebagai pembantu kami, Kami menyerahkan segela urusan kepada-Mu ya Allah.Tiada daya kekuatan kecuali dengan izin-Mu. Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.”
“ Ya Allah,kurniakanlah kepada kami kebaikan hidup di dunia dan akhirat,dan selamatkan kami daripada azab api neraka.”

MEMAGAR RUMAH DENGAN AYAT AL-QURAN
Hendaklah membaca ayat al-Kursi sebanyak 3 kali dan dituruti dengan ayat Surah al- R’ad sebanyak 3 kali di tengah jalan muka pintu sebelum meninggalkan rumah dengan doa moga Allah SWT melindungi rumah tersebut daripada segala macam  bahaya dan mudarat.
Bacaan Ayat al-Quran :
*Ayat al-Kursi ( Surah al-Baqarah 2:255) ( 3x )
*Ayat ( Surah al-R’ad 13:11) ( 3x )

p/s : kita digalakan untuk memagar (di dalam bahasa Arab disebut al- Tahassun)dengan ayat-ayat alquran dan doa-doa bukan sahaja rumah,malah apa sahaja yang dikurniakan Allah SWT seperti anak,isteri,kenderaan dan lain-lain daripada kejahatan hasad dengki manusia. (sila  rujuk al-‘Ilaj Bir=Ruqqa Min al-kitab al- Sunnah,karanggan Siad Ali Bin Wahf,halaman 93.)


MENGHILANGKAN RASA TAKUT KERANA GANGUAN SYAITAN
Bacalah ayat 8 dan 9 daripada Surah Yasin berulang laki sehingga rasa gentar dan takut hilang.
(Surah Yasin 36:8-9)

AYAT PENERANG HATI
Banyakkan membaca ayat 35 daripada surah al-Nur di pagi hari dan petang (awal waktu malam).
(Surah al-Nur 24:35)

MERAWAT ANAK YANG SERING MENANGIS PADA MALAM HARI
Hendak membaca Surah al-Fatihah sebanyak tiga kali dan ditiup di telingga kanan,kemudian membaca semula Surah al-Fatihah sebanyak tiga kali dan ditiup di telinga kiri.
(Surah al-Fatihah 1:1-7 )


p/s : ini sebahagian doa / ajaran yang disebut dari naskah SENJATA MUKMIN  keluaran telaga biru…by HAJI MUHIDIR HAJI TAMJIS untuk memgetahui lebih banyak doa harian silalah beli naskah ini  (semenanjung Malaysia : RM50.00) manakala (Sabah dan Sarawak : RM55.00)
*kemenangan hak milik setiap mukmin

No comments:

Post a Comment