Search This Blog

Tuesday 24 January 2012

sejarah silam percintaan


ASSALAMUALAIKUM KEPADA SEMUA PEMBACA …
KISAH ini ada yang berkaitan dengan sejarah hidupku… Hadirnya hubungan antara dua insan bersiratulrahim hanya dengan saling berpandangan…tanpa sentuhan…Fitrah wanita ingin sekali dikasihi disayangi dilindungi… hanya hati meminta untuk dia  menjadi pasangan… tanpaku sedar dia juga  ingin aku menjadi pasangan dirinya… Adat berpasangan pasti sentiasa ingin berjumpa , sentiasa ingin bertentangan mata , pasti ingin melepaskan rindu… tanpa disedari hampir setiap waktu perkara itu berlaku …
Suatu hari aku menghadiri kuliah…seorang ustad masuk ke kelas aku… sambil belajar aku mengenangkan dia …tiba-tiba muncul satu soalan di benak fikiranku mencari-cari jawapan yang tepat untuk mentafsirkan segala keraguan di dalam hati yang masih was-was akan permasalahan yang dihadapi… “ustad boleh ke kita berpasangan atau bercinta dalam erti kata lain bercouple” tanpa pandang sekeliling aku melontarkan soalan kepada ustad tatkala semua sibuk menyiapkan tugasan yang di beri oleh ustad sebentar tadi…
Ustad yang kelulusan al-azhar itu hanya memandangku dengan pandangan kosong sambil mengukir senyuman manis kepadaku… “ percintaan satu fitrah nurani yang tidak dapat kita lari dari ingin bercinta…sifat manusia ingin di sayangi…TETAPI jika mengikut hukum ianya haram…dan haram itu tetap haram tiada yang boleh mengubahnya…” itu kata ustad kepadaku seolah – olah memahami apa isi hatiku sekarang ini…pada mulanya hatiku lembut mendengarnya.lama kelamaan satu tamparan kesat seolah-olah merobek hatiku…bergitu sedih aku mendengarnya…andai aku tidak pernah menayakan soalan tersebut…pilu hati umpama tiada tempat mengadu lagi…aku menolak mentah-mentah kata ulasan ustad bagiku “love is live never love never live”…
Kata-kata ustad tidak mampu aku menepis begitu kuat tergiang-giang di terlingaku…” 0ohh tuhan apa yang telah aku lakukan…”itulah kata-kata yang mampu aku ungkapkan sambil aku berfikir sejenak ruang kembali kata-kata ustad kepada ku…KINI baru aku sedar kanapa Allah melarang hambamu ini bercinta seusia setahun jagung ini… tidak usah pandang yang jauh…kes-kes pembuangan bayi di sana sini akibat dari mana… jika difikirkan kembali aku lalai sentiasa berjumpa dengan nya .walau tanpa bersentuhan aku tetap mendapat dosa…dosa kerana mata melihat,kaki berjalan ke tempat dateing , mulut mengeluarkan kata pujangga semua kepada yang bukan muhrim bagi metafsilkan rindu…rindu kepada nya membawa aku ke lembah penghinaan…benar sedap dimata manusia sakit dimata Allah…kenapa aku tidak pernah terfikir sebelum ini…Ya Robbi ampunkanku dengan kesalahan yang aku lakukan…aku insan yang tidak terdaya melayari bahtera kehidupan yang penuh dengan hasutan duniawi…Ya rahman,Ya Rahim terimalah amalan ku ,  terimalah taubatku , terimalah diriku disisimu Ya Allah…tanpa aku sedar tertitis air mataku namun tidak terdaya aku mengesat ianya kembali kerana semakin mengalir…sekarang aku tidak pasti dimana tempatku … bolehkah aku digelar muslimah sejati…hanya Allah yang tahu…
Keesokan aku terus mengatur janji temu dengan nya… sampai di tempat yang dirancang sekuntum senyuman di iringi dengan sebuah bungkusan coklat dibungkus rapi ditambah dengan sepucuk surat buatku… bertapa romentik  dirinya buatku…fitrah manusia mempunyai belas kasihan tidak sangup aku mengatakan kata-kata perpisahan… dengan suasana sepi di perpustakaan ini aku hanya mampu menulis kata-kata yang tersemat dihati…
“ sayang sekali untuk mengatakan perpisahan…sekarang baru 7 hari 2 jam 34 saat kita berpacaran…sebelum nasi menjadi bubur…sebelum kau terlalu mencintaiku…sebelum nyawaku ditarik keluar… aku ******** ******* ** *** ****** dari kelas 4 SAINS ********* ingin berhentikan semua kisah ini…biarlah kita menjadi seorang sahabat…seorang kawan berbanding berterusan bergini…aku harap suatu hari nanti kau akan faham dengan kata-kataku ini…kau amat baik … tiada apa yang tercela dapat kulihat dimataku….tapi aku hanya manusia…benar cantik di mata manusia buruk dimata pencipta…”
Dia tenung ku sewaktu aku menulis nota kepadanya…dengan hati gembira tidak sabar-sabar terukir di sudut raut wajahnya….pabila aku hulurkan nota itu ku lihat sinar mata yang segar penuh dengan kesabaran untuk membaca isi kandungan nota tersebut….aku menghulurkan nota dan terus beredar tanpa mengucap kata-kata…munkin baginya aku seorang pemalu karana memang aku terkenal dengan sifat pemalu…hanya tahu tunduk dan mendengar…aku biarkan dia bersendirian melayani nota yang kuhulurkan…
Kisah kami bukan hanya sampai disitu sahaja… ada kesempatan pasti dia mencariku…aku hanya duduk dan diam berjuta bahasa…seolah tiada apa yang terjadi…semakin lama dia mandiamkan diri dan hanya melihatku dari jauh …walau aku tidak membalas pandangan dia , dia tetap memandangku dengan wajah beribu persoalan… aku poskan nota ku kepadanya melalui teman sekamarku “jangan bercinta sebelum waktunya dan see you di ipt kelak”…barulah aku melihat wajahnya yang ceria…tapi aku masih tidak faham kenapa dia bergitu sekali boleh ceria…mungkin kerana aku bukan golongan kaum adam…. 

                                                                                                                                              by ezzahwajiha

No comments:

Post a Comment