Search This Blog

Saturday 28 January 2012

DISEBALIK KEPANDAIAN LELAKI MASAK DI DAPUR

FAKTA SEBENAR LELAKI TENTANG MASAK MEMASAK
• 99.9% lelaki amat pandai masak kari…..tapi megi kari saja la.

• Lelaki kadang2 memang suka memasak….tapi amat malas nak
basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk…
...
• Apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah… bukan
main bising lagi.

• Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju…pastu,
sambil isap rokok plak…

• Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin, telur
goreng dan juga sardin. Tak ketinggalan jugak kicap masin…

• Jika seorang lelaki yg rajin memasak, anda akan dapati gas
masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna
api yg kuat…cepat sikit masak.

• Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah
satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang
tersendiri…

• Dan lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak
oleh seorang lelaki..tetapi peng’komplen’ nombor satu jika
makanan itu di masak oleh wanita..

Antara sebab sebab lelaki memasak:
• Malas nak pegi kedai
• Hampir hampir pokai
• Nak menghabiskan stock makanan yang dah nak expired
• Mental theraphy
• Konon konon nak practice…nanti buleh amik hati pasangan
• Buang tebiat…

Walaupun begitu, chef chef terkemuka dunia masih terdiri daripada
kaum lelaki..

*kopidanpasta

Friday 27 January 2012

PERUMPAMAAN UNTUK WANITA



©       Wanita juga sesuai diperkatakan seperti seekor rama-rama cantik apabila di sentuh hilang serinya…

©       Wanita ibarat makanan jualan hanya makanan tertutup laris… kerana makanan yang terdedah menjadi racun dihinggapi serangga perosak…

©       Wanita  sinonim dengan permata….semakin cantik semakin mahal

©       Wanita umpama tulang rusuk untuk membentuk perlulah diurut perlahan jika dilakukan dengan kuat ianya akan patah…

p/s : sebenarnya banyak lagi boleh kita mengumpamakan wanita… terpulang kepada kita untuk mentafsirkannya…selagi akal dan iman dikandung badan semuanya pasti boleh terjadi dengan izin ilahi…..insyaallah…

Disebalik nama semekar pohon semalu…


Bagi saya pohon semalu amat sinonim dengan sifat wanita… mari kita lihat…
Sifat pohon semalu
a)      Mempunyai warna yang menarik
b)      Mempunyai duri yang tajam
c)       Mempunyai sifat menguncup terhadap ransangan disentuhan
d)      Mempunyai jangka masa yang lama untuk daun kembali ke bentuk asal
e)      Mempunyai kurang bunga berbanding daun
Sifat wanita
a)      Mempunyai ciri-ciri yang menarik di mata laki
b)      Mempunyai ketajaman didalam sifatnya
Yang lain itu semua biarlah anda yang berfikir sendiri….. setiap insan dikurniakan akal fikiran untuk berfikir tentang kebesaran Allah…asahlah akal fikiran mu…

SENJATA MUKMIN


Maaf hanya dapat terjemahan sahaja…ayat al-quran nyer tidak dapat di taip kerana formad jawi tidak disediakan di computer saya… amalkan lah… by ezzahwajiha diambil dari ( BUKU SENJATA MUKMIN : HAJI MUHIDIR HAJI TAMJIS )
DOA UNTUK SAUDARA SEISLAM YANG DIZALIMI
“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,Segala pujian bagi-Mu ya Allah.Kebaikan itu untuk orang yang bertakwa,tidak dimusuhi kecuali mereka yang menzalimi.Selawat dan salam untuk semulia-mulia utusan,dan pengakhiran segala Nabi dan kepada seluruh keluarga dan sahabat Baginda.”
“ Ya Allah,muliakan kekudukan Islam dan sekalian kaum Muslimin. Ya Allah, bantulah pejuang agama Islam, golongan yang lemah dan yang dizalimi di setiap tempat dan masa.Wahai Tuhan sekalian alam. Ya Allah bantulah kami mengalahkan musuh-musuh dalam kalangan Yahudi dan Nasrani dengan pertolongan yang besar.”
“Ya Allah.tetapkan pendirian mereka,dan bantulah mereka berhadapan dengan golongan kafir,zalim dan golongan yang melampaui batas serta golongan taghut. Ya Allah,binasakan mereka dengan kezaliman milik-Mu.Dan keluarkan kami daripada kepungan mereka dengan selamat.”
“Ya Allah , kami menyerlahkan urusan golongan Yahudi,Nasrani dan sekutu-sekutu mereka kepada-Mu ya Allah.Tuhan Yang Maha Mengurniakan Rahmat.”
“Ya Allah,bantulah mereka dengan tentera yang tidak diketahui kedatanganya kecuali engkau.Sesungguhnya Engkau berkuasa atas tiap sesuatu.Ya Qahhar,ya Jabbar ,ya Kabir , ya  Qawi, ya Matin, ya Muntaqim, binasakanlah golongan-golongan kuffar.”
“Kami mengharapkan dengan sepenuh harapan,cukuplah Engkau sebagai penolong kami,cukuplah Engkau  sebagai pembantu kami, Kami menyerahkan segela urusan kepada-Mu ya Allah.Tiada daya kekuatan kecuali dengan izin-Mu. Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.”
“ Ya Allah,kurniakanlah kepada kami kebaikan hidup di dunia dan akhirat,dan selamatkan kami daripada azab api neraka.”

MEMAGAR RUMAH DENGAN AYAT AL-QURAN
Hendaklah membaca ayat al-Kursi sebanyak 3 kali dan dituruti dengan ayat Surah al- R’ad sebanyak 3 kali di tengah jalan muka pintu sebelum meninggalkan rumah dengan doa moga Allah SWT melindungi rumah tersebut daripada segala macam  bahaya dan mudarat.
Bacaan Ayat al-Quran :
*Ayat al-Kursi ( Surah al-Baqarah 2:255) ( 3x )
*Ayat ( Surah al-R’ad 13:11) ( 3x )

p/s : kita digalakan untuk memagar (di dalam bahasa Arab disebut al- Tahassun)dengan ayat-ayat alquran dan doa-doa bukan sahaja rumah,malah apa sahaja yang dikurniakan Allah SWT seperti anak,isteri,kenderaan dan lain-lain daripada kejahatan hasad dengki manusia. (sila  rujuk al-‘Ilaj Bir=Ruqqa Min al-kitab al- Sunnah,karanggan Siad Ali Bin Wahf,halaman 93.)


MENGHILANGKAN RASA TAKUT KERANA GANGUAN SYAITAN
Bacalah ayat 8 dan 9 daripada Surah Yasin berulang laki sehingga rasa gentar dan takut hilang.
(Surah Yasin 36:8-9)

AYAT PENERANG HATI
Banyakkan membaca ayat 35 daripada surah al-Nur di pagi hari dan petang (awal waktu malam).
(Surah al-Nur 24:35)

MERAWAT ANAK YANG SERING MENANGIS PADA MALAM HARI
Hendak membaca Surah al-Fatihah sebanyak tiga kali dan ditiup di telingga kanan,kemudian membaca semula Surah al-Fatihah sebanyak tiga kali dan ditiup di telinga kiri.
(Surah al-Fatihah 1:1-7 )


p/s : ini sebahagian doa / ajaran yang disebut dari naskah SENJATA MUKMIN  keluaran telaga biru…by HAJI MUHIDIR HAJI TAMJIS untuk memgetahui lebih banyak doa harian silalah beli naskah ini  (semenanjung Malaysia : RM50.00) manakala (Sabah dan Sarawak : RM55.00)
*kemenangan hak milik setiap mukmin

Thursday 26 January 2012

sekadar nasihat kaum hawa

Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan. 
Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai. 
Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan. 
Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari. 
Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni. 
Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa, jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terulur. 
Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri, dan satu lagi untuk menolong orang lain. 
Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya. 
Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang. 
Kecantikan wanita, bukan pada kehalusan wajahnya, tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

istemewanya ciptaan wanita

keistimewaan wanita

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: �Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.�

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.


6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. �Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka



8.Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah r.a berkata �Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda,� �Suaminya.� �Siapa pula berhak terhadap lelaki?� Jawab Rasulullah S.A.W�.�Ibunya. �

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.



16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

ciri-ciri dilamun cinta

13 ciri-ciri tanda dilamun cinta

Jika anda ingin tahu sama ada anda telah jatuh cinta dengan seseorang, anda boleh mengetahui melalui perkara berikut:

1. Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya.

2. Anda akan sentiasa merindui dia.

3. Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan.

4. Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.

5. Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas.


6. Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab.

7. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang.

8. Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada.

9. Dia sentiasa di fikiran anda.

10. Anda akan sentiasa terhidu baunya.

11. Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia.

12. Anda akan lakukan apa sahaja untuk dirinya.

13. Apabila anda membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran anda.

lawak cinta

orang kata cinta umpama orang yang mahu kentut...

mahu lepaskan berasa malu

mahu tahan terasa sakit

bila sudah lepaskan terasa lega... ^_^

aper yang patut dilakukan.....

Tuesday 24 January 2012

sejarah silam percintaan


ASSALAMUALAIKUM KEPADA SEMUA PEMBACA …
KISAH ini ada yang berkaitan dengan sejarah hidupku… Hadirnya hubungan antara dua insan bersiratulrahim hanya dengan saling berpandangan…tanpa sentuhan…Fitrah wanita ingin sekali dikasihi disayangi dilindungi… hanya hati meminta untuk dia  menjadi pasangan… tanpaku sedar dia juga  ingin aku menjadi pasangan dirinya… Adat berpasangan pasti sentiasa ingin berjumpa , sentiasa ingin bertentangan mata , pasti ingin melepaskan rindu… tanpa disedari hampir setiap waktu perkara itu berlaku …
Suatu hari aku menghadiri kuliah…seorang ustad masuk ke kelas aku… sambil belajar aku mengenangkan dia …tiba-tiba muncul satu soalan di benak fikiranku mencari-cari jawapan yang tepat untuk mentafsirkan segala keraguan di dalam hati yang masih was-was akan permasalahan yang dihadapi… “ustad boleh ke kita berpasangan atau bercinta dalam erti kata lain bercouple” tanpa pandang sekeliling aku melontarkan soalan kepada ustad tatkala semua sibuk menyiapkan tugasan yang di beri oleh ustad sebentar tadi…
Ustad yang kelulusan al-azhar itu hanya memandangku dengan pandangan kosong sambil mengukir senyuman manis kepadaku… “ percintaan satu fitrah nurani yang tidak dapat kita lari dari ingin bercinta…sifat manusia ingin di sayangi…TETAPI jika mengikut hukum ianya haram…dan haram itu tetap haram tiada yang boleh mengubahnya…” itu kata ustad kepadaku seolah – olah memahami apa isi hatiku sekarang ini…pada mulanya hatiku lembut mendengarnya.lama kelamaan satu tamparan kesat seolah-olah merobek hatiku…bergitu sedih aku mendengarnya…andai aku tidak pernah menayakan soalan tersebut…pilu hati umpama tiada tempat mengadu lagi…aku menolak mentah-mentah kata ulasan ustad bagiku “love is live never love never live”…
Kata-kata ustad tidak mampu aku menepis begitu kuat tergiang-giang di terlingaku…” 0ohh tuhan apa yang telah aku lakukan…”itulah kata-kata yang mampu aku ungkapkan sambil aku berfikir sejenak ruang kembali kata-kata ustad kepada ku…KINI baru aku sedar kanapa Allah melarang hambamu ini bercinta seusia setahun jagung ini… tidak usah pandang yang jauh…kes-kes pembuangan bayi di sana sini akibat dari mana… jika difikirkan kembali aku lalai sentiasa berjumpa dengan nya .walau tanpa bersentuhan aku tetap mendapat dosa…dosa kerana mata melihat,kaki berjalan ke tempat dateing , mulut mengeluarkan kata pujangga semua kepada yang bukan muhrim bagi metafsilkan rindu…rindu kepada nya membawa aku ke lembah penghinaan…benar sedap dimata manusia sakit dimata Allah…kenapa aku tidak pernah terfikir sebelum ini…Ya Robbi ampunkanku dengan kesalahan yang aku lakukan…aku insan yang tidak terdaya melayari bahtera kehidupan yang penuh dengan hasutan duniawi…Ya rahman,Ya Rahim terimalah amalan ku ,  terimalah taubatku , terimalah diriku disisimu Ya Allah…tanpa aku sedar tertitis air mataku namun tidak terdaya aku mengesat ianya kembali kerana semakin mengalir…sekarang aku tidak pasti dimana tempatku … bolehkah aku digelar muslimah sejati…hanya Allah yang tahu…
Keesokan aku terus mengatur janji temu dengan nya… sampai di tempat yang dirancang sekuntum senyuman di iringi dengan sebuah bungkusan coklat dibungkus rapi ditambah dengan sepucuk surat buatku… bertapa romentik  dirinya buatku…fitrah manusia mempunyai belas kasihan tidak sangup aku mengatakan kata-kata perpisahan… dengan suasana sepi di perpustakaan ini aku hanya mampu menulis kata-kata yang tersemat dihati…
“ sayang sekali untuk mengatakan perpisahan…sekarang baru 7 hari 2 jam 34 saat kita berpacaran…sebelum nasi menjadi bubur…sebelum kau terlalu mencintaiku…sebelum nyawaku ditarik keluar… aku ******** ******* ** *** ****** dari kelas 4 SAINS ********* ingin berhentikan semua kisah ini…biarlah kita menjadi seorang sahabat…seorang kawan berbanding berterusan bergini…aku harap suatu hari nanti kau akan faham dengan kata-kataku ini…kau amat baik … tiada apa yang tercela dapat kulihat dimataku….tapi aku hanya manusia…benar cantik di mata manusia buruk dimata pencipta…”
Dia tenung ku sewaktu aku menulis nota kepadanya…dengan hati gembira tidak sabar-sabar terukir di sudut raut wajahnya….pabila aku hulurkan nota itu ku lihat sinar mata yang segar penuh dengan kesabaran untuk membaca isi kandungan nota tersebut….aku menghulurkan nota dan terus beredar tanpa mengucap kata-kata…munkin baginya aku seorang pemalu karana memang aku terkenal dengan sifat pemalu…hanya tahu tunduk dan mendengar…aku biarkan dia bersendirian melayani nota yang kuhulurkan…
Kisah kami bukan hanya sampai disitu sahaja… ada kesempatan pasti dia mencariku…aku hanya duduk dan diam berjuta bahasa…seolah tiada apa yang terjadi…semakin lama dia mandiamkan diri dan hanya melihatku dari jauh …walau aku tidak membalas pandangan dia , dia tetap memandangku dengan wajah beribu persoalan… aku poskan nota ku kepadanya melalui teman sekamarku “jangan bercinta sebelum waktunya dan see you di ipt kelak”…barulah aku melihat wajahnya yang ceria…tapi aku masih tidak faham kenapa dia bergitu sekali boleh ceria…mungkin kerana aku bukan golongan kaum adam…. 

                                                                                                                                              by ezzahwajiha

andai kau tahu....

kiri kananku
mereka sdg berbahagia
ku pandang adik yg sdg lena
ternyata senyum pun terukir
wajahnya mencerminkan seribu makna
... btapa dia ketemu putera idaman
langsung mahu membina mahligai bahagia
dan hidup bahagia bersama puteranya

ku lihat teman2
masing2 bercerita tentang cinta
betapa hebatnya cinta
betapa manisnya cinta
ak menjadi tempat meluah rasa
ak menjadi tempat perkongsian kebahagiaan mereka
ak hanya tersenyum
tanda ak turut gembira
bahagia melihat teman2ku bahagia

ak pula?
masih begini masih di sini
menanti sesuatu yg xpasti
menanti hadirnya sebuah cinta
cinta bahagia seperti yg mereka ungkapkan
namun hgga ke saat ini
tiada. kosong. sepi

Ya Tuhan
andai ini suratan yg ditakdirkan
ak redha
andai tiada cinta di dunia yg fana
ak tahu Kau telah ciptakan puteraku di syurga sana
namun
ak xlayak ke syurgaMu,
dan ak takut ke nerakaMu

Oh Tuhan
jgn Kau biarkan hati ini sepi
walau tanpa cinta
walau tanpa jejaka
ak bahagia begini
ak selesa begini
namun ak jg manusia biasa
ak butuhkan rasa disayangi
dan menyayangi
ku mohon padaMu
ketemukan ak dgn cinta yg diredhaiMu
ak menunggu
dan terus menunggu
hadirnya cinta itu

how you feel

KECEWA ? ••► ingatlah saat kau kecewakan seseorang
MENANGIS ? ••► ingatlah saat kau buat seseorang menangis
SAKIT HATI ? ••► ingatlah saat kau sakitkan hati seseorang
DIPERMAINKaN ? ••► ingatlah saat kau permainkan seseorang
TIDAK DIENDAH ? ••► ingat saat kau buat tak endah pada seseorang
...
~► SETIAP PERBUATAN SEDAR ATAU TIDAK PASTI ADA BALASANNYA ITU JANJI YG MAHA ESA .
- KAJI DIRI SENDIRI KAJI PERBUATAN ANDA & JGN SALAHKAN TAKDIR MAHUPUN YG MAHA ESA

by imran my friend...

Pesan Seorang Kawan Kepada Kawan . .

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Wahai Sahabat . .
Andainya Kau Mencintai Dia . . JagaLah Dia Dengan Sebaik Mungkin . .
... Kerana Dia Seorang Yang Baik . . JanganLah Mencintai Dia Kerana Wajahnya . . Mencintai Dia Kerana Hatinya . . Dia Pernah Menjadi Milikku Sebelum Dia Menjadi Milik Kau . . Aku Lebih Mengenali Dia . . Dia Seorang Yang Baik . . Didiklah Dia Dengan Ajaran Islam . . Kerana Dia Terlalu Berharga Bagiku . .
Wahai Sahabat . .
Maafkan Aku Kerana Masih Mencintai Dia . . Tapi Tak Perlu Risau . . Dia Menyayangi Kau . . Dia Tak Sanggup Lepaskan Kau . . Cinta Dia Amat Kuat Untuk Kau . . Sebab Itu Kau Perlu Mencintai Dia Dengan Sepenuh Hati . .
Wahai Sahabat . .
Kau Baik Dari Aku . . Dan Kau Berhak Memiliki Dia . . Dia Seorang Baik . . Dia Seorang Yang Cantik . . Janganlah Sakiti Hatinya Seperti Aku . . Kau Lebih Layak Dari Aku . . Walaupun Aku Akan Menangis . . Izinkan Aku Memilikinya Dalam Mimpiku . . Izinkan Aku Merindui Dirinya . .
Kerana Dia Orang Yang Paling Aku Sayang Dalam Duniawi Ini . .
Semoga Cinta Kau Dan Dia Sampai Ke Syurga Firdausi . .
Aku Sedia Mengundur Diri . .

with lover

~ Disaat kamu ingin MELEPASKAN seseorang. .
ingatlah pd saat kamu ingin MENDAPATKANNYA,
disaat kamu mulai TDK MENYINTAINYA.
ingatlah saat pertama kamu JATUH CINTA padanya,
disaat kamu MULAI BOSAN dengannya,
... ... ingatlah selalu SAAT TERINDAH bersamanya,
disaat kamu ingin MENDUAKANNYA . .
bayangkan jika dia SELALU SETIA,
Saat kamu ingin MEMBOHONGINYA,ingatlah disaat dia JUJUR padamu . .♥